Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh yang optimis dengan sasaran itu berkata, kedudukan itu mampu dicapai berdasarkan beberapa siri kejayaan yang diraih universiti tempatan di peringkat antarabangsa baru-baru ini.

“Pelbagai kejayaan diraih dalam bidang pendidikan tinggi negara dirangkumkan menjadi satu konsep iaitu UMAR bermaksud Universitas 21 (U); Universiti Malaya (M); lima universiti terbaik di ASEAN (A) dan dalam kelompok satu peratus universiti penyelidikan (R) terbaik di dunia.

“Menerusi konsep ini kita menyasarkan Universiti Malaya (UM) akan berada pada tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh satu hingga dua tahun manakala empat universiti penyelidikan lain dijangka melepasi tangga 200 universiti terbaik dunia dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya.