Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, hasrat itu mampu dicapai berikutan sasaran 5 juta pelancong untuk tahun sebelum ini telah dicapai.

“Kita mengadakan pelbagai program berbentuk kebudayaan dan kesenian bagi menarik minat pelancong ke negeri ini.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak persatuan hotel dalam mempromosikan Kelantan di luar negeri dan negara melibatkan makanan, kebudayaan dan alam semula jadi,” katanya.

DATUK MD ANIZAM AB RAHMAN (tujuh dari kiri) pada majlis perasmian Sukan Antara Hotel 2019 di Hotel H
 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Antara Hotel 2019 di Hotel Holiday Villa anjuran Persatuan Hotel Malaysia cawangan Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir Penasihat Persatuan Hotel cawangan negeri ini, Datuk N. Subramaniam dan Presidennya, Maimun Mohd. Husain.

Md. Anizam berkata, keunikan budaya, banyak tempat menarik dan paling utama mempunyai kepelbagaian makanan menjadi antara faktor membuatkan pelancong tertarik mengunjungi negeri ini.

Sukan tahunan itu melibatkan 10 buah hotel di negeri ini antaranya, Hotel Perdana, Grand Riverview Hotel, Sutera Inn Prima, The Grand Renai Hotel, Hotel Holiday Villa, Sudara Beach Resort, Royal Guest House, PCB Resort, Jewels Hotel dan Crown Garden Hotel.

Sukan tersebut mempertandingkan enam acara iaitu , sukan dart, bola tampar pantai, bola sepak, bola jaring, karom dan ‘waiter’s race’ bermula hari ini sehingga 26 Februari ini. - UTUSAN ONLINE