Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, jumlah kehadiran itu merupakan peluang terbaik bagi mempromosi produk tempatan khususnya kraftangan. 


Usahawan kraf perlu mencari idea baharu yang bersesuaian untuk menghasilkan produk yang unik dan berkualiti dalam memasarkan produk mereka kepada masyarakat luar. 


“Bagi memperkasa modal insan berkemahiran, Kraftangan Malaysia akan melaksanakan program Sijil Kemahiran Malaysia yang dijalankan Institut Kraf Negara,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Kraf Johor (FKJ) 2018 di pusat beli-belah Angsana Mall Johor Bahru, di sini sebentar tadi. 


FKJ 2018 berlangsung selama 11 hari bermula hari ini sehingga 30 Disember dan melibatkan produk kraf tempatan dari seluruh negara. - UTUSAN ONLINE