gedung perabot terkemuka dari Sweden itu.

Jahziah Mohd. Hamid, 68, bersama adik, Normah Kechot, 55, dan anak saudara, Norlaili Hussin, 50, sanggup melalui jarak perjalanan yang jauh dengan kereta dan menyewa hotel berhampiran Batu Kawan untuk memastikan mereka tiba di IKEA seawal pukul 7 pagi tadi.

Jahziah berkata, mereka beratur di pintu masuk IKEA pada pukul 7 pagi hari dan menunggu selama tiga jam sebelum dapat memasuki gedung beli-belah tersebut yang dibuka pukul 10 pagi tadi.

“Kami sekeluarga memang minat dengan barangan IKEA, di mana sahaja gedung kelengkapan rumah ini dibuka kami akan pergi termasuk di Johor.

“Kadang-kadang kami hanya seronok melihat reka bentuk barangan dan perabot sahaja dan lokasi ini menjadi tempat kami sekeluarga berkumpul,” katanya ketika ditemui di IKEA, di sini hari ini.

IKEA Batu Kawan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, manakala restoran IKEA akan mula beroperasi pada pukul 9.30 pagi.

Dalam pada itu, Normah berkata, dia teruja apabila dapat menjadi antara pelanggan terawal meninjau gedung kelengkapan perabot terkemuka tersebut di kawasan utara.

“Saya suka melihat barang kelengkapan rumah dan perabot yang unik di sini.

“Kadang-kadang saya hanya beli bekas-bekas kecil dan unik sahaja apabila datang ke sini,” katanya. - UTUSAN ONLINE