Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man memberitahu, bagaimanapun, tarikh 17 Julai itu kekal sebagai cuti umum bagi negeri ini.

Kenyataan Istana Perlis

Sehubungan itu, Azlan berkata, Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama serta Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis termasuk Majlis Santapan negeri akan diadakan pada 12 Oktober depan.

“Manakala acara sampingan yang telah dijadual seperti Wacana Wangsa Jamalullail pada 16 Julai; Majlis Perasmian Masjid Al-Maghfirah pada 19 Julai dan Majlis Jamuan Teh pada 20 Julai ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE