Menurut beliau, persidangan Manco bermula dari 1 hingga 7 September itu penting kerana input serta ideanya boleh dipraktikkan di negara ini.

“Perancangan persidangan ini penting, isu pengaliran dan saliran ini adalah isu global. Sebagai contoh semasa persidangan ini dianjurkan di India, ada petani yang datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Manco kali ke-w23 di Hotel KSL di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (Mancid), Ir. Ahmad Idrus..

Persidangan tersebut merupakan acara tahunan yang menghimpunkan para profesional seperti jurutera, perunding dan pemain-pemain industri pertanian.

Selain itu turut terlibat secara langsung dalam persidangan tersebut adalah cendiakawan, ahli akademik dan penyelidik dalam bidang pengairan dan saliran. - UTUSAN ONLINE