Sabah yang diwakili Kumpulan Rinukut mengungguli kesemua tiga kategori yang dipertandingkan iaitu nyanyian solo dan duet serta tarian manakala pasukan tuan rumah meraih naib johan keseluruhan dan Johor (tempat ketiga).


Kemenangan itu membolehkan Sabah membawa pulang piala pusingan dalam acara dwitahunan tersebut. 


Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min kepada ketua kontinjen, Dr. William Gotulis.


Yang hadir sama, , Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian itu, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussein dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar.


Bagi kategori nyanyian solo, pemenangnya adalah Rozaliah Malius yang berjaya membawa pulang RM750 beserta piala dan sijil penyertaan manakala duet, dinobatkan kepada Jona Sony Salmin dan Muhadin Asmadin yang merangkul RM1,200 beserta piala dan sijil penyertaan diikuti hadiah tarian sebanyak RM2,000, piala dan sijil.-UTUSAN ONLINE