Selain itu, Russian Helicopters bersama agensi pengeksport peralatan pertahanan Rusia, Rosoboronexport akan berbincang berhubung peluang-peluang untuk membekalkan helikopter Mi-35M, Mi-171Sh dan Mi-171V-5 kepada pasukan keselamatan Malaysia dan negara-negara rantau ini.

“Helikopter pelbagai fungsi Mi-171A2 yang dipamerkan pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 pula merupakan model yang dibina menggunakan teknologi terkini.

“Pesawat ini menampilkan elemen-elemen keselamatan tinggi dan telah meletakkan standard baharu dalam kalangan helikopter kelas pertengahan dunia yang lain. Mi-171A2 kini sedang menjalankan percubaan di peringkat akhir,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.