Walau bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyatakan bila rundingan rasmi itu akan diadakan.

“Bila sampai pada masanya, kita akan lakukan rundingan rasmi dengan Korea Utara,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Najib menerusi laman blog NajibRazak.com memberitahu, dua daripada 11 rakyat Malaysia yang ditahan dari­pada meninggalkan Korea Utara telah dibenarkan meninggalkan negara berkenaan.

Individu berkenaan adalah Stella Lim dan M. Nyanaprakash yang bertugas dengan Misi Bantuan Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, ketika ini, rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat.

“Kita mendapati rakyat kita berada dalam keadaan keselamat­an terjamin, tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.