Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor (Medkom) menerusi kenyataan berkata, majlis berkenaan dijadualkan bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Dr. Sahruddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong turut mengadakan majlis rumah terbuka di Kompleks Sukan Pagoh, Muar pada 4 Syawal.

Majlis berkenaan bermula pukul 2 petang hingga 6 petang.

“Bersama-sama kita memeriahkan sambutan Aidilfitiri bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Semua dijemput hadir,” menurut Medkom. - BERNAMA