Feynman School adalah sekolah pendidikan bersama persendirian bagi kanak-kanak berbakat besar dalam bidang akademik, di mana kanak-kanak yang pintar, bersifat ingin tahu, kreatif dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai pemikiran serupa, boleh meneroka bakat serta memenuhi potensi mereka.

Sekolah berkenaan menggabungkan perkembangan pesat, pemikiran aras tinggi, pemikiran kritikal, dan hubungan antara disiplin untuk mempertingkatkan kreativiti serta menambah pemahaman yang mendalam tentang dunia sebenar.

Rosmah mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari beliau ke sini.

Feynman School menawarkan pendidikan bagi kanak-kanak paling pintar berusia antara lima hingga 14 tahun (k hingga gred 8).

Rosmah berada di sekolah itu lebih satu jam melawat kelas, berinteraksi dengan pelajar dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Susan Gold, Pengarah Eksekutif Robert Gold serta Pengarah Pembangunan Kurikulum Maya Manning. - BERNAMA