Harga diesel pula naik lima sen kepada RM1.96 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui infografik di laman sesawangnya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini.

Sebelum ini, bagi tempoh 6 Julai hingga 12 Julai, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM1.93 seliter, RON97 (RM2.19) diikuti diesel pada harga RM1.91 seliter. - BERNAMA