Menerusi kenyataan kementerian tersebut, jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada RM24 juta diperuntukkan bagi membaiki sekolah yang terjejas selepas taufan berkenaan melanda beberapa buah negeri di utara Semenanjung Malaysia pada 9 Ogos lalu.

“RM6.8 juta telah disalurkan dan kerja-kerja pembaikan yang berkaitan telah dimulakan. Kementerian Pendidikan sedang memantau kerja-kerja pembaikan di semua sekolah dan institusi pendidikan terlibat dan menjangkakan dapat diselesaikan dalam kadar segera mengikut tempoh ditetapkan demi keselesaan dan kemudahan murid dan pelajar,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee hari ini mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok, Kedah yang merupakan antara sekolah terjejas akibat taufan Lekima.-UTUSAN ONLINE