Menurut Perdana Menteri, menerusi pendidikan, anak-anak yang kurang bernasib baik juga mampu mengubah hidup mereka dan keluarga kepada tahap yang lebih baik.

“Dengan usaha gigih dan bantuan kerajaan, seorang anak peneroka Felda, nelayan atau petani kini mampu berjaya sebagai seorang profesional seperti jurutera, akauntan, doktor mahupun peguam.

“Konsep mobiliti sosial ini akan terus diperjuangkan bagi membina satu masyarakat dan negara yang adil dan inklusif,” katanya menerusi blog NajibRazak.com, hari ini. - UTUSAN ONLINE