Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee boon Chye berkata, kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan penyelenggaraan lampu jalan, mengecat garisan jalan dan mengganti papan tanda rosak di sepanjang laluan berkenaan.

Katanya, projek bernilai RM380,000 itu diperoleh melalui peruntukan di bawah Ahli Parlimen Gopeng dan Ahli Parlimen Kampar.

“Masalah yang dihadapi pengguna di sepanjang jalan ini ialah terdapat beberapa tempat yang gelap dan garisan jalan yang tidak jelas. Keadaan ini telah berlarutan sejak 10 tahun lalu dan ia berisiko untuk kemalangan.

“Melalui peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri ini, kita menaik taraf jalan tersebut dengan melakukan beberapa penyelenggaraan agar pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan ini dengan selesa dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong dan ADUN Teja, Ng Shy Ching. - UTUSAN ONLINE