Pengerusinya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pembayaran elaun itu sedang rancak berjalan dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Pembayaran ini membabitkan tempoh tiga bulan dan setiap petani menerima RM600. Jadi inilah bukti kecaknaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib golongan petani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Sejri Tajuddin Abdul Rahman merasmikan Majlis Pembahagian Hasil dan Zakat Ladang Merdeka serta Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi Musim I 2017.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) Parlimen Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat.

Md. Alwi memberitahu, Kota Bharu Selatan mencatatkan pembayaran paling tinggi apabila 1,153 petani menerima bantuan itu diikuti Bachok (1,141) dan Pasir Mas (979) serta kawasan-kawasan lain. - UTUSAN ONLINE