Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, jumlah tersebut merupakan 54.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan iaitu sebanyak RM53.9 bilion.

“Daripada jumlah itu, pelaburan langsung domestik yang diluluskan adalah sebanyak RM24.6 bilion iaitu 45.6 peratus.

“Jumlah pelaburan asing yang diluluskan itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM73.4 peratus berbanding RM16.9 bilion dalam tempoh yang sama pada 2018,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang meminta kementerin menyatakan jumlah kemasukan pelaburan langsung asing di dalam negara untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, jelas Darell, daripada jumlah keseluruhan pelaburan langsung asing tersebut, sektor perkilangan masih menjadi tumpuan pelabur asing iaitu sebanyak RM20.2 bilion.

“RM8.1 bilion dalam sektor perkhidmatan dan RM1 bilion dalam sektor utama lain yang meliputi perlombongan, perladangan dan komoditi serta pertanian,” katanya.-UTUSAN ONLINE.