(PBC).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keseluruhan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasi projek berkenaan bagaimanapun melibatkan kos sebanyak RM486 juta.

“Jemah Menteri telah meluluskan Pulau Pangkor sebagai PBC mulai tahun depan, maka untuk mendukung usaha ini kita memerlukan kajian segera dibuat oleh kerajaan negeri.

“Daripada kajian itu, kita dapat meneliti infrastruktur yang diperlukan bagi menjayakan PBC Pangkor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis silaturrahim bersama warga peserta Felcra Seberang Perak di Dewan Besar, Felcra Bandar Seberang Perak di sini hari ini.

Terdahulu, dalam lawatan kerjanya ke negeri ini, Mohamed Azmin mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta menghadiri sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, di Perak, pihaknya telah memberikan pandangan kepada kerajaan negeri supaya melihat beberapa industri strategik untuk diberikan perhatian khususnya industri automatif yang harus digabungkan bersama perusahaan sama di Selangor.

Beliau berkata, Perak juga mempunyai banyak produk pelancongan selain kemudahan infrastruktur yang boleh ditingkatkan seperti jaringan lebuh raya serta rangkaian kemudahan internet bagi menarik pelaburan lebih

besar ke negeri ini.

“Antara projek penting yang kita bincangkan pada hari ini ialah pembesaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kerana ia telah melebihi kapasiti yang telah ditetapkan sebelum ini dan industri perkhidmatan air

di Sungai Perak.

“Ini antara projek-projek yang dapat menjamin pelaburan lebih besar ke negeri Perak,” katanya. - UTUSAN ONLINE