Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, nelayan terlibat turut menikmati pelbagai insentif lain untuk meri­ngankan beban mereka.

Katanya, kerajaan turut membantu nelayan darat dengan melepaskan berjuta-juta ekor ikan pelbagai spesies bagi memastikan sumber perikanan negara sentiasa mencukupi.

“Melalui Jabatan Perikanan, kita telah melepaskan sebanyak 422,600 benih ikan di seluruh negara dan program hari ini turut mencatat satu lagi rekod Malaysia Book of Records (MBOR).

“Bagi peringkat Putrajaya, sebanyak 6,055 ekor benih ikan dilepaskan ke perairan Tasik Putrajaya selain 14 lokasi lain di seluruh negara dengan melibatkan kos lebih RM100,000,” katanya kepada pemberita di Jeti Marina Putrajaya, di sini hari ini.

Tajuddin berkata, langkah Jabatan Perikanan melepaskan benih ikan di perairan umum bertujuan mening­katkan sumber pendapatan nelayan darat selain menyokong pembangunan industri perikanan rekreasi untuk generasi akan datang.

Menurutnya, selain dapat menambTambahnya, ikan yang dilepaskan meningkat setiap tahun dari 6.72 juta ekor pada tahun 2012 kepada 8.34 juta ekor tahun lalu.

“Spesies ikan yang dilepaskan terdiri daripada kelah, temoleh, udang galah, baung, sebarang, te­ngalan, lampam sungai, terbul, tengas dan patin.

“Kita mahu memastikan kesi­nambungan kewujudan stok ikan di perairan sungai, justeru ikan-ikan yang dilepaskan perlu dijaga dari peringkat awal dan semua pihak perlu bekerjasama untuk kepentingan bersama,” katanya.

Katanya, pengeluaran ikan darat tahun lalu sebanyak 5,850 tan dengan nilai RM89.5 juta dan impak daripada pelepasan benih-benih ikan tersebut dapat membantu menjana pendapatan nelayan darat.