Pemasyuran itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim sebelum Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-14 dimulakan di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya telah menerima surat pencalonan jawatan itu daripada Barisan Nasional (BN) Selangor pada 27 Jun lalu.

“Sidang DUN telah membuat penelitian dan bersetuju untuk memasyurkan Rizam sebagai Ketua Pembangkang Selangor.

“Saya berharap semua ADUN dapat menerima pelantikan yang ditetapkan dan berharap ketua pembangkang baharu ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta tidak meletak jawatan, “ katanya.

Sebelum ini, DUN Selangor tidak mempunyai ketua pembangkang selepas BN tidak melantik pengganti ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias yang meletakkan jawatan pada 8 Disember 2014.

Mohd. Shamsuddin dilapor meletak jawatan susulan keengganan beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor.