Sejak bermula Selasa lalu, hanya orang kenamaan, pedagang industri dan anggota delegasi mereka dibenarkan masuk ke pameran udara dan maritim yang ketiga terbesar di dunia itu.

Tiket masuk ialah RM10 untuk pelawat dewasa manakala bagi yang berusia 16 tahun ke bawah, percuma.

Pameran statik dan pertunjukan aerobatik pesawat merupakan antara yang dinantikan pengunjung.

Ramai juga yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan pesawat-pesawat yang dibawa oleh negara yang menyertai LIMA 2015 antaranya dari Amerika Syarikat (AS), Thailand, Indonesia, Singapura, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Perancis.

Dalam pada itu, cuaca panas ekoran kemarau di negeri ini sejak beberapa minggu lalu tidak menghalang orang ramai untuk membawa anak kecil dan ahli keluarga lain mengikuti pameran itu.

Malah ada kalangan kanak-kanak kelihatan begitu teruja me­nyaksikan pertunjukan udara sehingga tidak mahu menundukkan kepala ketika cuaca panas apabila pesawat terbang melintasi ruang udara MIEC.