Presiden Respa, Tan Sri Mohd. Ismail Che Rus berkata, turut menerima cek bernilai RM 10,000 itu ialah keluarga anggota yang meninggal dunia, Konstabel Mohd. Zamiri Sinsian.

Ujarnya, sumbangan daripada seluruh ahli Respa ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesedihan yang kini sedang ditanggung keluarga mangsa.

“Sumbangan ini diserahkan secara serentak kepada ahli keluarga anggota yang terlibat selepas tabung dilancarkan oleh pihak Respa sejak beberapa minggu lalu.

“Oleh itu, diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli keluarga mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM) di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE