Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu bagi memastikan setiap keperluan rakyat dapat direalisasikan serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya, kerajaan yang dibentuk menerusi Parti Warisan Sabah (Warisan) akan terus membawa pembangunan kepada negeri ini sekali gus mampu dimanfaat kepada seluruh rakyat.

“Saya telah minta agar semua pegawai daerah di kawasan masing-masing untuk menggariskan pelan pembangunan dan keperluan yang utama untuk rakyat.

“Perkara yang disenaraikan itu perlu dihantar kepada pihak berkaitan dalam kerajaan atau kepada saya terus untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Makan Malam Ketua Menteri Sabah bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Peringkat Kota Marudu.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dengan Persekutuan perlu diperkukuh bagi membangunkan Sabah secara menyeluruh.

“Apa yang penting, sebagai pentadbir kerajaan perlu ada kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat untuk saling membantu dalam memajukan negeri ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE