Wan Azizah Wan Ismail
WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerusi akaun Facebooknya memberitahu, pembebasan suaminya itu seperti membawa harapan untuk rakyat Malaysia.

“Ribuan rakyat berbilang kaum menyambut kepulangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Membawa semangat dan harapan baharu untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam status yang dimuatnaik pagi tadi dalam akaun Facebooknya.

Malam tadi, Anwar hadir dalam Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPK) sempena pembebasannya semalam selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. - UTUSAN ONLINE