Pelantikan Raja Shahrom, 59, itu bagi menggantikan Datuk Abdul Jalil Hassan yang memulakan tugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas jawatan tersebut diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh di sini sebentar tadi dan disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asri Yusoff.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Sun Teoh Tia dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris.

Sementara itu, Raja Shahrom menyifatkan pertukaran ke negeri ini bukan tempat asing baginya kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua JSJ negeri pada Disember 2010 hingga Jun 2015.

Beliau turut berharap semua pegawai dan anggota di negeri ini dapat bersama-sama berganding bahu bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan di negeri ini dapat dipertingkatkan. - UTUSAN ONLINE