Penyampaian buku bank yang dikreditkan sebanyak RM1,300 kepada bayi Islam manakala untuk bukan Islam sebanyak RM1,000 itu adalah sumbangan

daripada Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim.

Para penerima terdiri daripada 24 orang bayi Melayu dan empat bayi bukan Islam daripada kaum Cina, India dan Siam.

Turut menerima sumbangan khas pada majlis tersebut ialah seramai tiga orang

yang menerima alat bantuan pendengaran telinga daripada YTSP.

Johari berkata, dana berkenaan dikreditkan ke akaun Tabung Haji sekali gus membolehkan kesemua bayi yang dilahirkan pada 17 Mei hingga 17 Julai lalu iaitu bersempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis mendaftar haji.

Katanya, bayi-bayi tersebut hendaklah dengan syarat dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan sekurang-kurangnya ibu atau bapa bayi berkenaan hendaklah berasal dari negeri ini.

“Selain itu, empat orang bayi bukan Islam turut mendapat sumbangan daripada tabung itu dan wang tersebut dikreditkan ke dalam akaun Amanah Saham Gemilang, Amanah Saham Nasional Berhad,” katanya.

Tambah beliau, wang tabungan itu tidak boleh dikeluarkan sehingga bayi berkenaan mencapai usia 18 tahun.

Katanya, pihak yayasan juga mengesyorkan agar ibu bapa membuat simpanan tambahan sekurang-kurangnya RM30 sebulan untuk anak mereka itu dan dalam tempoh 18 tahun secara tidak langsung tabungan mencecah lebih RM10,000.

Untuk rekod, Tabung Putra Petri ini dilancarkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 2014, bersempena nama ayahanda baginda iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan bonda kepada Tuanku Raja Perempuan Perlis iaitu Allahyarhamah Tengku Petri Sultan Ibrahim. - UTUSAN ONLINE