Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Dalam majlis tersebut Narong mempersembahkan ucapan menjunjung kasih kepada Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang telah berkenan memainkan peranan yang besar dalam mempereratkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Thailand, khususnya Perlis.

Beliau juga memaklumkan supaya perbincangan di antara kedua-dua negara khususnya pihak berkuasa pembangunan Koridor Ekonomi Selatan Thailand dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi untuk kepentingan dan manfaat pembangunan bersama.

Selain itu, beliau turut memuji kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) walaupun baru berusia 17 tahun dan juga kehebatan kemudahan yang disediakan di dalam Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Unimap.

"Penghargaan juga kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di atas segala kerjasama yang dilaksanakan bersama majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman sejak beberapa tahun yang lalu," kata beliau.

Selain menghadap baginda, Narong turut mengadakan lawatan ke kampus induk Unimap di Pauh Putra, mendengar taklimat pembangunan ekonomi negeri yang disampaikan oleh pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis, melawat Galeri Diraja Arau, diperkenalkan kepada sukan woodball dan juga menyampaikan ‘Syarahan Umum’ kepada guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al Maad) Arau. - UTUSAN ONLINE