Turut berangkat mengiringi baginda ialah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Antara delegasi yang hadir ialah Pengerusi Lembaga USM, Dr. Hari Nayanan P. Ondiveeran; Naib Canselornya dan Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Pada majlis tersebut, baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor universiti itu turut dimaklumkan mengenai perancangan USM yang bakal menyambut ulang tahunnya ke- 50 selain istiadat konvokesyen ke-57 universiti itu pada September depan. - UTUSAN ONLINE