Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira dua jam melawat dan meninjau kerja-kerja menenun yang dilakukan oleh banduan di penjara itu.

Kesempatan pada lawatan tersebut turut dimanfaatkan oleh Raja Permaisuri Agong untuk beramah mesra dengan banduan di situ.

Turut berangkat anakanda Sultan Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan.

Selepas itu, Raja Pemaisuri Agong berangkat melawat Pusat Tenun Pahang Diraja di Kompleks Budaya Pulau Keladi Pekan dekat sini. - UTUSAN ONLINE