Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Raja Muda Perlis ziarah makam Almarhum Sultan Abdul Halim

rmps-makam
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli menziarahi makam Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Makam Diraja Langgar Alor Setar petang ini.

ALOR SETAR 13 Sept. - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli menziarahi makam Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Makam Diraja Langgar pada pukul 3 petang ini.


Baginda yang tiada di dalam negeri untuk memberikan penghormatan terakhir semalam, menzahirkan ucapan kesedihan dan takziah kepada Sultanah Hajah Haminah, anakanda-anakanda Almarhum Tuanku, kerabat-kerabat Diraja serta seluruh rakyat negeri Kedah.


Baginda juga mendoakan semoga Allah Aza Wajalla mencurahkan keampunan, segala amalan Almarhum diterima dan ditempatkan bersama golongan yang soleh.


Ketua Unit Agihan Bahagian Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Syed Aisam bin Syed Idris memimpin bacaan doa.


Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat dalam usia 89 tahun, setelah memerintah negeri Kedah selama 59 tahun. Sultan berjiwa rakyat dan disanjung tinggi ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang isnin, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.


Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra mempersembahkan ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29. - UTUSAN ONLINE


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain