Terdahulu baginda turut berkenan melepaskan seramai kira-kira 300 peserta lain bagi kategori larian sejauh 12 kilometer.

Program ini adalah anjuran Kelab Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Penyiaran Negeri Perlis bersempena Sambutan Ulangtahun ke-73 JPJ.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah JPJ Negeri Perlis, Shahrul Azhar Mat Dali dan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perlis, Ahmad Zaki Mustafa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah bahawa penganjuran larian ini amat tepat pada masanya sebagai gelanggang pemanas badan kerana ia dilangsungkan dua minggu sebelum Perlis Marathon 2019 pada 27 April yang akan datang nanti.

Menurut Shahrul pula, larian ini bertujuan untuk menggalakkan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat dan pada masa yang sama memainkan peranan kecil jabatan beliau membantu dalam menyemarakkan lagi aktiviti Pelancongan Sukan di negeri ini. - UTUSAN ONLINE