usm-rmps
 

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) serta Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah menyerahkan kepada seramai 1,789 orang Pegawai Kadet daripada 19 buah IPTA seluruh negara.


Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.


Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Binti Ismail.


Terdahulu, dalam ucapan di istiadat perbarisan, baginda menitahkan rasa amat yakin bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini merupakan sebuah angkatan yang profesional dan kredibel, yang mana dapat melaksanakan segala peranan serta tugasnya dengan cemerlang.


Namun, pada masa yang sama, ATM juga memerlukan sokongan padu daripada Pasukan Simpanan bagi menangani apa jua krisis atau ancaman yang berlaku dalam negara.


Justeru, semua para pegawai dalam pasukan simpanan perlulah bersama-sama memikul kewajipan membantu Pasukan Tetap apabila keadaan memerlukannya. - UTUSAN ONLINE