Program sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis  (MAIPs).

Antara pengisian program tersebut adalah seperti advokasi keselamatan jalan raya Tuanku Syed Faizuddin bersama pengguna jalan raya, pertukaran dan sumbangan topi keledar untuk golongan dewasa serta kanak-kanak.

Selain itu, turut diedarkan risalah tip keselamatan jalan raya, pemberian goodies bag mengandungi kuih raya, buah kurma dan air mineral kepada para pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan mengenai pembukaan 150 stesen Coffee Break di stesen minyak Petronas terpilih seluruh negara yang bakal memberi
kemudahan kepada pengguna jalan raya menikmati minuman tersebut semasa berehat.- UTUSAN ONLIN