Titah baginda, jika hal ini dibiarkan, sudah pasti ia boleh meranapkan generasi tersebut sekaligus menjejaskan usaha melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak termasuk pelajar mempersiapkan diri dengan kecergasan fizikal, berani serta bersemangat waja agar dapat mendepani cabaran alaf baharu dan mengelakkan diri daripada pelbagai permasalahan sosial.

“Pelajar merupakan aset berharga negara, jadi mereka perlu diberikan penekanan terhadap pegangan agama sebagai benteng pertahanan diri dan cara hidup mereka.

“Tabiat hidup haruslah diubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Nilai-nilai agama ini mampu membentuk modal insan yang didambakan oleh semua pihak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan bantuan sebanyak RM150,000 melalui peruntukan Institusi Pendidikan Islam Perlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2018 kepada Maahad Al- Hikmah, Padang Siding dalam satu majlis di Masjid Al- Mursyid, Guring di sini baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd Noor.

Majlis tersebut adalah bersempena dengan program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali yang ke-44 bagi tahun 2018. - UTUSAN ONLINE