Keberangkatan baginda, merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Bukit Ketri, Perlis, ke Miri adalah bagi menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah Siri 30/2018 yang dianjurkan oleh Bahagian Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat pada 13 hingga 15 Julai.

Turut mengiringi baginda dalam kunjungan yang julung kali diadakan ini ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Keberangkatan tiba baginda di Miri disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Toh Choon Siang. - UTUSAN ONLINE