Dua akuan berkanun itu adalah akuan mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana daripada syarikat berkaitan 1MBD.

Akuan kedua, menafikan fitnah yang dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin dan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) terhadapnya berkaitan penerimaan wang daripada ahli perniagaan, Datuk John Soh Chee Wen.

Beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 12.00 tengah hari. - UTUSAN ONLINE