Penolong Pengarah Kanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Ahmad Nazir Long berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya terlibat dalam Quran Hour .

Katanya, menerusi pembacaan Al Quran, ia dapat menjadi terapi kepada OKP dalam usaha membebaskan mereka daripada pengaruh dadah.

“ Kita turut menjemput seorang ustaz daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) untuk membimbing bacaan selain menjelaskan tafsiran ayat - ayat Al Quran yang dibaca pada hari ini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE