Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah berupa kepingan emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Tempat kedua tilawah pula jatuh kepada qari dari Algeria, Yassine Bekouassa manakala bagi qariah dimenangi oleh Wardatun Nisa Hasa dari Indonesia.

Bagi tempat ketiga dimenangi qari dari Maghribi, Ilyas Lamhayahoui manakala qariah pula dari Thailand, Karimah Hayibaraheng.

Bagi kategori hafazan, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi memenangi tempat pertama manakala tempat pertama bagi hafizah dimenangi oleh peserta dari Niger, Fatouma Ousseni Moussa.

Hafiz dan hafizah berkenaan membawa pulang kepingan emas bernilai RM 70,000 sumbangan Yapeim, piala iringan dan wang tunai RM25,000.

Hadiah-hadiah berkenaan dikurniakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Yang turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah permaisuri baginda, Tuanku Zara Salim.

Selain itu, tetamu-tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Sebanyak 68 buah negara meliputi 99 peserta menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 bermula 15 April lalu.

Majlis itu menyaksikan penyertaan baharu sebanyak tujuh buah negara iaitu Azerbaijan, Montenegro, Sweden, Norway, Austria, Kenya dan Ivory Coast.

Majlis ini membawa tema ‘menyantuni umat membawa rahmat.’ - UTUSAN ONLINE