Perkara itu disahkan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Tiada alasan diberikan berhubung penangguhan lawatan Putera Mahkota Arab Saudi ke Malaysia yang dijadualkan pada Isnin ini,” katanya seperti dipetik Bernama.

Utusan Malaysia sedang mendapatkan penjelasan lanjut Saifuddin dan Wisma Putra berhubung perkara itu.

Selain itu, tular mengenai surat pemakluman berhubung penangguhan itu yang dikeluarkan oleh pihak Wisma Putra.

Agensi berita asing melaporkan Mohammed yang merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahan Arab Saudi sedang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Asia dimulakan dengan lawatan ke Pakistan minggu ini.

Dari Islamabad, Putera Mahkota Arab Saudi itu dija­dual tiba di Kuala Lumpur pada Ahad untuk lawatan rasmi dua hari sebelum meneruskan lawatan ke Indonesia pada Isnin dan selepas itu ke India.

Lawatan Mohammed ke Malaysia adalah yang pertama selepas beliau dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi pada Jun 2017. - UTUSAN ONLINE