Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, kerja-kerja itu dilaksanakan secara berperingkat melibatkan 8,245 PDM di seluruh negara supaya tidak berlaku masalah gangguan internet.

"Sebagai persediaan menghadapi PRU-14, setiap PDM termasuk 566 di negeri ini akan dipastikan dari segi tahap capaian internetnya dalam siapsiaga," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Tautan Budi Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Berua, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat Orang Asli Sungai Berua dengan menempatkan perpustakaan bergerak.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan negeri, A.Latif Awang dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri,  Shafruddin Ali Hussin.

Tambah Jailani lagi,kerja-kerja menaik taraf liputan internet di kawasan perkampungan Orang Asli juga giat dijalankan sebagai bukti Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan masyarakat di pedalaman terutama dalam bidang pendidikan.-UTUSAN ONLINE