Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan berkata, langkah itu bertujuan memaksimumkan tenaga kerja untuk tempoh tersebut bagi memudahkan rakyat negeri ini yang bekerja atau tinggal di Singapura pulang mengundi.


“Cuti 250 pegawai dan kakitangan imigresen di BSI dan kira-kira 100 lagi di KSAB dibekukan supaya rakyat kita yang bekerja atau tinggal di Singapura berpeluang pulang untuk mengundi pada PRU-14 dengan selesa.


“Langkah ini sekali gus menafikan tohmahan pemimpin DAP Johor yang mendakwa kononnya kita akan sekat pengundi untuk pulang mengundi pada PRU-14,” katanya.


Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pulai berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Pegawai, Kakitangan dan Keluarga Jabatan Imigresen Negeri Johor di Kuaters Imigresen Taman Kenanga di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Rohaizi Bahari. - UTUSAN ONLINE