Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Promosikan penggunaan gas asli - Najib

Najib promosi gas
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat modul PFLNG Satu selepas merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Mei - Syarikat minyak dan gas boleh membantu mempromosikan penggunaan gas asli, selain tenaga boleh baharu sebagai pilihan untuk bahan api yang lebih bersih bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, inilah masa yang sesuai untuk menggalakkan penggunaan gas asli dalam pasaran baharu memandangkan harganya yang lebih menarik, hasil daripada infrastruktur pelaburan yang tepat.

"Saya berharap syarikat serta kerajaan dapat membentuk usaha sama pintar bagi memanfaatkan potensi gas asli sepenuhnya sebagai pilihan yang berdaya maju dari segi komersial dan alam sekitar.

"Dua langkah ini sangat penting dalam menyokong satu sama lain, dan bukan sebaliknya," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas kali ke-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, syarikat minyak dan gas juga boleh membantu meningkatkan teknologi bagi mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau dalam proses industri masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain