Shahir Adnan
SHAHIR

Kenyataan itu dibuat Ketuanya, Shahir Adnan susulan pengumuman peruntukan dana sebanyak RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof semalam.

Kata Shahir, walaupun dinyatakan bahawa projek tersebut hanya akan menggunakan dana vendor-vendor yang berminat untuk membangunkan projek itu, namun suntikan dana RM20 juta itu dilihat sebagai satu jumlah yang cukup besar.

“Sebenarnya, RM20 juta boleh digunakan untuk menyalurkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 kepada hampir 1,700 orang. Jumlah itu juga boleh digunakan sebagai bantuan baucer buku RM100 kepada 200,000 pelajar sekolah.

“Malah, RM20 juta ini juga boleh diperuntukkan sebagai bantuan subsidi kepada 40,000 petani, pekebun kecil dan nelayan jika diberikan RM500 setiap orang,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE