Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan (MPP) Parlimen Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu pembangunan di jajahan ini namun pada masa sama ia akan menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan berkenaan.

"Sebagai pemimpin di Tumpat, saya amat gembira dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengeluarkan sejumlah peruntukkan besar bagi memberikan kemudahan pada rakyat.

"Pembinaan ini juga secara tidak langsung mampu merancakkan lagi perkembangan ekonomi setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Tumpat Kali Ke-10 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan. di sini hari ini.

Mohd. Rosdi yang juga Pemangku Ketua UMNO Tumpat memberitahu, rakyat akan mendapat lebih banyak manfaat sekiranya memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir kawasan ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Katanya, sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan dengan memilih BN yang terbukti berkesan memacu pentadbiran negara berada pada tahap terbaik sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 lalu. - UTUSAN ONLINE