Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad berkata, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah meningkatkan pembangunan dan pelaburan di negara ini.

“Pembangunan Bandar Malaysia mempunyai kesan yang baik kepada ekonomi dan ia akan menjadi hab global untuk terus menarik pelaburan.

“Selain itu, projek ini dijangka menjana impak besar kepada pertumbuhan pembangunan dengan kemampuan menarik pelaburan asing dan menjana nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE