Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, program itu juga adalah sebagai satu langkah mitigasi bagi menyelamatkan mereka.

“Yang pentingnya, bila kita membuat perancangan itu, ia dibuat atas dasar tanggungjawab kerana wanita yang hamil, sangat penting untuk kita elakkan wanita mengalami anaemia (kurang darah merah).

“Oleh itu, kita ambil tindakan ini atas dasar tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ikon Gigi Orang Asli peringkat kebangsaan 2019 di Kampung Orang Asli Menderang 1, Sungkai, dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita mengenai suntikan perancang keluarga oleh kakitangan Kementerian Kesihatan kepada wanita Orang Asli yang didakwa memberikan kesan sampingan teruk. - UTUSAN ONLINE