Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program intervensi Tablet Guru bermula

Guru-guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak yang mengikuti
Guru-guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak yang mengikuti Program Intervensi Projek Tablet Guru di Gombak, Selangor, kelmarin.

KUALA LUMPUR 6 Julai – Program Intervensi Projek Tablet Guru mula dilaksanakan bagi memberi pencerahan kepada guru me­rancang pengajaran secara profesional dan sistematik di lokasi pertama, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak di sini semalam.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SBP Integrasi Gombak, Maimunah Ismail berkata, program intervensi itu amat bermanfaat dalam meningkatkan kemahiran guru membuat persediaan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan aplikasi Tutor Guru yang dibekalkan pada tablet ber­kenaan.

“Aplikasi ini bukan sahaja menjimatkan masa guru dalam menyediakan bahan PdPc, malah dapat mengajar murid berfikir melalui lembaran kerja digital yang dihasilkan,” katanya ketika ditemui selepas program itu.

Program intervensi itu dikendalikan Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain, Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim sambil dibantu Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Khairul Azmi Kamaludin.

SBP Integrasi Gombak ditauliahkan sebagai Sekolah Mentor bagi program ini yang boleh dijadikan rujukan oleh sekolah lain di kawasan sekitarnya.

Dalam program tersebut, guru dibimbing bagaimana membuat persediaan aktiviti PdPc yang memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 iaitu dengan membina lembaran kerja digital yang mengandungi soalan latihan, sumber rangsangan multimedia dan jawapan.

Sehingga kini, 120,000 guru di Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima Tablet Guru yang mengandungi aplikasi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Gombak, Mohd. Amin Jais berkata, program itu memberi manfaat besar kepada guru dalam memantapkan proses PdPc di dalam bilik darjah.

“Lembaran kerja digital yang dicipta menggunakan aplikasi Tutor Guru menjadi salah satu bahan bantu mengajar yang lebih menarik kerana mengandungi sumber rangsangan seperti klip video, animasi dan imej grafik,” katanya.

Rakan sejawatnya, Yasir Asraf pula berkata, aplikasi Tutor Guru membantu memudahkan guru membina lembaran kerja digital dengan cepat dan mudah dalam tempoh lima minit sahaja menggunakan bahan yang sedia ada.

“Malah, murid juga berpeluang menjawab pelbagai koleksi soalan latihan yang disediakan bagi meningkatkan pemahaman masing-masing,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain