Yang pertama, katanya, adalah tidak berasa terlalu bimbang di mana hendak bermula kerana hidup ini akan ada naik dan turun, manakala petua kedua ialah merantau dan berkenalan dengan dunia yang sangat luas untuk membuka minda dan menjadi manusia lebih toleran, menghormati perbezaan dan terbuka dengan idea baharu.

Beliau berkata, seterusnya, mengamalkan tabayyun iaitu menyelidik dahulu.

“Keempat, jangan bimbang jika telah melakukan kesilapan. Sebaik-baiknya, pada usia yang muda, kita perlu berani mencuba dan menghadapi halangan,” katanya.