Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, kesemua mereka akan mengundi di pusat mengundi di bilik maklumat di Balai Polis Brinchang dan Balai Polis Sungai Koyan.

Katanya, pusat mengundi awal di bilik maklumat Balai Polis Brinchang itu akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang manakala di bilik maklumat Balai Polis Sungai Koyan pula dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 2 petang.

"Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan. 

"Di samping itu, pemerhati-pemerhati pilihan raya daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga akan turut menyaksikan proses pengundian awal tersebut," katanya.-UTUSAN ONLINE