Komander PPM Wilayah Dua, Assisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, ini kerana pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku kegiatan yang menyalahi undang-undang maritim sepanjang tempoh berkenaan.

“Ini termasuklah aktiviti penyeludupan keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mercun melalui laluan yang tidak diwartakan.

“Justeru, kita akan mempertingkatkan kawalan bagi membendung kegiatan itu daripada berlaku,” katanya sempena Rendezvous Program antara PPM Wilayah Dua dan Polis Pengawal Pantai Singapura di perairan Tebing Runtuh, di sini sebentar tadi.

Program berkenaan yang turut diadakan dengan majlis berbuka puasa disertai seramai 30 anggota PPM Wilayah Dua dan 20 anggota polis pengawal pantai republik berkenaan yang turut dihadiri Komandernya, Senior Asisten Komisioner Hsu Sin Yun. - UTUSAN ONLINE